Wednesday, April 10, 2013

#79 solat.

"Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita
tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik
sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik.":-)

~* Orang yang TIDAK SOLAT ini,
tapi hidup KAYA RAYA..dia suka ukur 2 perkara :

1. Bila dia ukur diri dia :
Dia tidak solat tapi hidup tetap gembira. 
Duit senang lenang. 
Bisnes maju. 
Tidak pernah rasa sakit. 
Tidak pernah rasa bimbang. 
Makan berselera macam biasa. 
Jadi dia rasa tidak ada bezanya dia solat ke tidak. 
Buat apa susah-susah solat kalau semua yang dia nak ada depan mata.

2. Ukuran kedua :
Dia lihat orang lain. 
Orang lain yang hari-hari ke masjid, solat wajib tidak pernah tinggal, solat sunat hari-hari buat tapi dia tengok orang tu tidak sesenang diapun.
Naik motor buruk macam tu juga. 
Rumah dinding papan buruk berbumbungkan zink bertampal-tampal macam tu juga. 
Patutnya dia rajin solat, Allah dah bagi rezeki melimpah ruah dekat dia, tapi tidak adapun. 
Akhir sekali ukuran jahil dia kata kalau macam tu baik tak payah solat kalau begitu.

Jika dijawabnya, 
tidak solatpun boleh hidup senang lenang, tidak ada masalah pun. 
Jika disambung lagi, tengok orang yang solat tidak pernah tinggal tapi hidup susah memanjang, apa guna solat katanya.
Itu tandanya IMANNYA makin goyang,
tidak mustahil dia boleh TERGELINCIR AKIDAH.
Apatahlagi jika dia anggap solat tidak wajib sudah SAH GUGUR akidah dia.

Nauzubillahi min zalik. 

JANGAN BERLAGAK macam TUHAN.
Kau cuma HAMBA yang TIDAK ADA APA-APA.
TOLONG SEDAR DIRI.

(Haslinda Alias)



jom baca sesame! 


2 comments :

assalammualaikum ...
heyyo peeps.. may leave your message here.. =] i'll reply it in sya Allah.. =]