Sunday, June 2, 2013

[tak payah susah2 nak jadi cantik]

assalamualaikum

readers and followers. kaifa halukum?

agak2 ade agi tak orang yang sudi masuk blog ni?


ok tamat.
back to the tittle above.


perempuan memang sinonim ngan kecantikan kan? kalau tak ngadap cermin sehari memang tak sah la kann. takut sangat klu tudung tu berkelepet. takut sangat klu mekap dah cair. haha.

cantik dan kelihatan cantik tu benda yang sama ke? nope. bagi aku lain lah. kenape? meh sini aku nak gitau. untuk ape sebenarnya kita nak jadi cantik? untuk tatapan mata lelaki? tak payahlah. buang masa. bina keyakinan diri? urm. jaga penampilan pun boleh bina keyakinan diri.

semua manusia tu diciptakan cantik. ade rupa yang tersendiri. ikut genetik family masing2 lah. tapi setiap manusia yang diciptakan tu mestilah ade kelebihan yang tersendiri kan. kire bonus la klu ade raut wajah yang menawan. raut wajah ayu. tak perlu kot nak describe camne cantik tu sebab cantik tu kan subjektif? bak kate orang, memang tak sah klu dipandang sekali je. pergi mane2 pun jadi perhatian. ramai yang nak berkenalan. senang dapat kawan.



"perghh. awek tu cun siot."

"untuglaa sape yang dapat awek tu. senyuman dia...mak aihh..."


ade gurls yang rase diri dia tak cantik. oh pleas lahh. janganlah risau. believe me. kita dah diciptakan cantik. belajar untuk terima diri seadanya. bersyukur at least korang ada muka yang perfect. so tak payah main compare2 ni. tak payah nak mekap2 sangat. jadi je diri yang sebenar. tapi janganlah sampai nampak selekeh! kita ni perempuan. so kekemasan tu sangat penting. asalkan sedap mata memandang dah la kan?

kenape nak mekap tebal2 sampai 14 inci? kenape nak pakai tudung lilit2 bagai macam nak terjerut leher? untuk ape? untuk kelihatan cantik? peh. aku tengok bese je. nothing special. tak salah nak pakai mekap. tak salah nak pakai lilit2 pun. but pleas lah. ada batasnye kan. ikutlahh garis panduan syariat. tak susah pun lah!



"perempuan tu bukan cantik sangat pun. tapi ramai lak yang duk usha dia. grr "

"muka dia bese2 je kan. tapi klu senyum, manis je. sejuk mata memandang."

"dia simple je tapi ade something yang special pasal dia"

"tau lah cantik tapi tak payahlahh nak menggedik2!"

kecantikan tu boleh jadi satu bonus. boleh jugak jadi satu musibah kalau disalahgunakan. depends kat kita lahh. tanya iman kita. =)

oh ye. aku ade satu cite. ade sorang budak tu. dia tu seorang yang sangat simple. tak pandai pun nak bergaya macam perempuan lain. tapi dia bukan tomboy. tak mainlahh pakai high heel. tak pandai nak buat muka comel time ambik gambar. haha. tapi kan. ade jugak  seorang lelaki yang berkenan kat dia. nak tau ape laki tu buat? laki tu jumpa terus parent dia. alhamdulillah. tunggu masa je kot nak disambungkan ikatan. =D

see?



kecantikan tak semestinya menjamin yang jodoh tu sentiasa ada. setiap perempuan tu ade kecantikan yang tersendiri even dia tak termasuk dalam kategori cantik pada pandangan orang lain. tak cantik pada pandangan manusia pun takpe. usahalah untuk jadi cantik pada pandangan Allah. cantik dengan akhlak dan taqwa. yakin pada diri anda sendiri.

biarlah kita tak pandai bergaya pun. biarlah kita dikatakan tak up-to-date pun. biarlah kita dikatakan tak cantik pun.




KITA TETAP CANTIK
pada mereka yang memandang dengan mata hati
tak berlandaskan nafsu semata2
pada mereka yang halal untuk memandang kita
lagi cantik jika
kita touch-up kan iman dan peribadi kita
dengan memelihara syariat
=)

*good looking give u everything, but personality captured one heart.


5 comments :

  1. DAYAHHHH..<3 SUPPORT MY ASSIGNMENT PLEASEEEEEE http://deliciousenough.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. hehe done visiting ur blog! gud luck epi in the assignment.. :)

      Delete

assalammualaikum ...
heyyo peeps.. may leave your message here.. =] i'll reply it in sya Allah.. =]